Friday, December 16, 2011

Wife~



Alhamdulillah...
Aku telah bergelar isteri kepada Syed Firdaus Bin Syed Basarudin pada 3.12.2011.
Perasaan ketika itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata
hanya Allah yang tahu.



Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu, ayah, adik beradik, pakcik, makcik dan semua yang terlibat dalam majlis kami.
Jasa kalian amat kami hargai.


***



Diselitkan sekeping gambar untuk tontonan umum.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Nota kecik : Maaf. Saya masih dalam mood honeymadu. Nanti saya review k.

Thursday, December 01, 2011

Welcome December~




December has come. Im soooo excited but a bit nerveous becoz 2 days left until my solemnization day.
Hope everything will be ok.  *pray hard*



*****

Nothing much to write actually but a few days ni aku menghadapi simptom2 yang kurang sihat iaitu :-

  • Susah tido (bila pagi baru rasa nak tido)

  • Tekak sentiasa loya (bukan pregnant ye)

  • Jantung berdegup kencang (nasib tak tercabut)

  • Kurang selera makan

  • Asyik pening je



Adakah semua b2b mengalami simptom2 ni or aku je.  *konpius*





Nota kecik : Hari ni last day keje. Yahooooooooo! 


Wednesday, November 30, 2011

Walimatul Urus Ezzaty Bt Zailan & Syed Firdaus Bin Syed Basarudin.

:. Sticky Post .:



Assalamualaikum w.b.t
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. 
Saya dan Keluarga dengan berbesar hati ingin menjemput
rakan-rakan blogger untuk menghadiri majlis perkahwinan saya pada
04hb Desember 2011 bersamaan 08 Muharram 1433 Hijrah. 
Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis.

*Sila tinggalkan alamat di ruangan komen untuk tujuan pengeposan kad*

Terima kasih.





Nota Penting : Alamat anda tidak akan disiarkan untuk tujuan keselamatan.

Tuesday, November 29, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Teaser : Baju Nikah & Baju Resepsi


Alhamdulillah.
Berkat doa rakan2 baju nikah saya telah selamat di alter.
So,baju nikah da tak ketat lagi.
Yeayyyy!



***




Presenting my Solemnization & Reception Outfit
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




*Baju kurung moden*






*Baju ala ala jubah*






Nota kecik: Saya tau baju saya simple dan tak grand.    T_____T

Thursday, November 17, 2011

Baju Nikah.





Baju Nikah da siap J.A.H.I.T.
tapi baju nikah tu K.E.T.A.T!





Wahai kakak butik anda ambil ukuran siapa untuk jahit baju saya?
Rasa sedih sangat sekarang ni.
Sudah la lama menunggu. 
tak tau la bila nak hantar balik untuk alter.
*nanges*






Mood : Tawakal.






Tuesday, November 08, 2011

Geram tapi Gembira!




Panas hati sebenarnya hari ni 
sebab baju nikah & baju resepsi kakak butik tu tak buat lagi.
Bagus kan?
Boleh tak die cakap baju tu da gunting da tapi belum jahit je lagi.
Da la anta baju tu awal bulan 10 oke!
Gerammmmmmnya...!





Ok la malas nak pk pasal baju lagi.
Kite pk benda yang happy je sekarang ni.
Gubahan hantaran semua da siap.
Semua gubahan adalah hasil kerja adik manis & rakan baik beliau.
Aku tukang tengok je la. huehue.
Nak tunjuk pun gambar dalam HP adik manis.




Kotak untuk doorgift juga telah siap dilipat bersama ahli keluarga tersyg.
Alhamdulillah... 
Cuma tunggu makanan yang hendak di isi sahaja.





Nota Kaki : Lagi 25 Hari. 







Wednesday, November 02, 2011

Serabut.




Sekarang ni agak jarang berblog.
Selalu blogwalking je.
Suka baca entry kawan2 yang da kawen, yang sibuk siapkan wedding prep.
Aku ni tudung, veil pun tak settle lagi sebab baju nikah & baju resepsi belum fitting.
Haih! Serabut la bila fikir.




Isnin depan nak fitting baju nikah & resepsi.
Harap muat la sebab badan aku ni cepat naik.
Bila happy makan, bila sedih pun makan.
Time puasa je dapat control selera makan.
Dalam hati ni risau gak pasal baju tu takut baju tak sama dengan design.
Hope everything ok. Amin.



p/s : Doakan baju tu cantik & muat dipakai ye kawan2. Amin lagi skali.




Thursday, October 20, 2011

Borang Kebenaran Nikah : Settle



Borang kebenaran nikah da settle.
yeay!! *lompat bintang*


Prosedur untuk menyiapkan borang mudah je.

Pertama sekali kamu2 yg ingin bernikah harus la settlekan borang tunang  kamu dulu.
Macam aku, incik tunang duduk Ampang lebih dari 4 bulan tapi die malas nak ambil borang permastautin.
So, incik tunang yg rajin balik kedah aka alamat dalam ic.
Setelah berjumpa dengan imam masjid di sana esoknya die pergi ke PAID Kubang Pasu untuk mendapatkan kebenaran bernikah luar daerah.
Di kedah harga proses hanya RM4.00 shj ye.
Settle.


Sekarang ni kerja kamu2 pula ya.
Bawa borang lelaki yg lengkap dicop dan ditandatangan ke Penolong Pendaftar Nikah kariah kamu.
Di sini kamu juga perlu membawa Wali , 2 orang saksi dan diri sendiri.
PPN kariah saya mahu Wali, Saksi dan Pengantin Perempuan sign borang dihadapan die.
kerana takut ada penipuan.
PENTING! Sila bawa photostat IC Wali dan 2 orang Saksi sekali.
Setelah selesai bawalah borang anda dan pihak lelaki ke PAID.


PAID akan bagi borang kebenaran berkahwin perempuan yg telah diluluskan oleh Pendaftar.
Bayaran proses untuk selangor adalah RM10.00 shj.


Belum selesai lagi...
Bawa borang kebenaran nikah itu ke Penolong Pendaftar Nikah kariah aka Qadhi yg akan nikahkan anda.
Dah hantar baru la selesai semua urusan.
Sekarang baru boleh tido dgn aman dan tunggu hari bahgia anda.


Inilah borang kebenaran nikah aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Nota kecil : Cepat la bulan 12.hehe. *miang keladi + miang buluh*


Thursday, October 06, 2011

Kimia

Tajuk macam nak belajar kimia je tapi bukan ye.
Tajuk lagu sebenarnya.
Lagu ni kalau dengar liriknye sweet sangat dan kena je dengan aku & incik tunang.
So, mari ramai2 kite dengar lagu sweet ni.





Kimia by Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita
Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku
Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus
Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Nota kecik : Terus rindu kat incik tunang!wuwuwuwu




Thursday, September 29, 2011

Checklist oooo Checklist : Update



THEME
Nikah : Off White (confirm)
Resepsi : Soft Pink + White (confirm)


SOLEMNIZATION
Date Nikah : 03.12.11 (confirm)
Venue : Surau Al-Ikhwan (confirm)
Time : around 11 o'clock (not confirm yet)
Caterer : Fadhil Sajian Utara (confirm)
Menu : Nasi Tomato (confirm)
Dress : Koleksi Wawasan (confirm)
Tudung : ________________ (not yet)
Veil : ____________________ (not yet)
Hand Bouquet : __________________ (not yet)
Bantal Nikah : MUA Provide (confirm)
Henna : Kecik will bring from kg (confirm)


RECEPTION
Date Reception : 04.12.11 (confirm)
Venue : Dewan Beringin, Taman Sri Gombak (confirm)
Time : 11 a.m - 3 p.m (confirm)
Caterer : Aina Catering (confirm)
Wedding Card : S.M.S Agency (done)
Wedding Cake : Caterer Provide (done)
Aisle : Caterer Provide (done)
Red Carpet : Caterer Provide (done)
Bunting : 2 Pcs (done)
Photographer : Catalia Creative Enterprise (done)
MUA : Anggun Mempelai Butik (done)
Dress : Koleksi Wawasan (done)
Tudung : ___________________ (not yet)
Veil : ___________________________ (not yet)
Shoe : _____________________ (done)
Hand Bouquet : ______________________ (not yet)
Dais : No Dais
P.A System + Nasyid : Done


LEGAL DOCUMENT
Wedding Course : Mahligai Firdaus (done)
HIV Test : KK Selayang Baru (done)
Borang Kebenaran Nikah : ______________________ (done)


DOORGIFT
Paper Bag : __________________ (done)
TQ Taq : DIY (not yet)


HANTARANS

FOR GROOM
1. Ring : Done
2. Shoe : Done
3. Perfume : Done
4. Wallet & Belt : Done
5. Watch : Done
6. Al-Quran Digital : Not Yet
7. T-Shirt & Sejadah : Done

FOR BRIDE
1. Ring + Mahar + Dummy Cheque : Done
2. Perfume : Done
3. Handbag : Done
4. Shoe : Done
5. Watch : Done



Note kecik : Banyak lagi yg tak settle rupenya. Huwaaaaaaaarggggghhhhh! *nanges sampai lebam*





Tuesday, September 20, 2011



Rumah lepas kawen da ready untuk didiami.
million thanks to my parents, siblings, future brother in law & incik tunang
sebab betungkus lumus membersihkan rumah lepas kawen.
so, lets cekidaut our rumah lepas kawen.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaaaaa...


Hall




Kitchen



Bathroom & Toilet


Rumah ni je yang kami mampu sewa. perasaan happy sangat2.

Thursday, September 08, 2011

rumah lepas kawen.

Alhamdulillah.
rumah lepas kawen da dapat.
sewa pun tak mahal RM380.00 je sebulan.
owner siap bg duduk free sebulan.
tapi...keadaan rumah agak teruk sikit.
tak kisah la kan yg penting owner akan settle da problem.


Hari sabtu ni nak cat rumah baru.
yeah2.
seronoknye.

nota kaki : lepas kawen nanti boleh main kejar2 dalam rumah sendiri . weeeeeehuuuuuu!!!

Sunday, September 04, 2011

syawal datang lagi.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI EZZATY & KELUARGA


tema raya & tema kawen sama. "PINK"


pesanan penaja : makan kuih raya berpada pada ye untuk semua.
                          

Friday, July 29, 2011

Bola.



Malam tadi tengok bola dengan family kat rumah.
macam biasa la bila bola habis je tekak pon sakit sebab dok menjerit macam aku berada di stadium.
tapi korang perasan tak pengadil dari Jepun Takayama Hiroyoshi tak "bias" sangat
compared with pengadil dari Bahrain (kalau tak silap)
ye la sikit2 free kick tuk singapore, pastu kad kuning la merah la.
rasa macam nak lepuk je muka die.hehehe
bajet macam kuat la nak lepuk orang.


ini la pengadil yang tak "bias" tu. comel kan?


Mr Takayama kalau awak baca blog ni saya nak awak tau yang saya minat dengan awak..hiuhiuhiu.
*bajet pengadil jepun ni paham la pe yang aku tuliskan*



P/s : Sempena nak dekat bulan Ramadhan yang mulia ni aku nak minta maaf kat semua orang kalau ada 
       entry2 di blog aku ni yang mengguris,melukakan hati korang ye. "Peace Yau".

Wednesday, July 27, 2011

Syukur.

Alhamdulillah.
semalam da pergi HIV Test dengan incik tunang.
keputusan kami "not reactive".
so,da boleh kawen.
ngeeeeeee.
seronok sangat.



P/s : takde la sakit pun nak amik darah masa HIV Test tu. sikit je kot. (mood : berlagak)

Monday, July 25, 2011

Hantaran for him.

1. Perfume - Done
2. Watch   - Done
3. T Shirt & Jeans - Done
4. Shoe - Pending
5. Ring - Pending
6. Wallet & Belt - Pending
7. SR Cake - Pending

P/s : takut la nak HIV test esok. harap2 semuanya ok. amin.

Friday, July 15, 2011

HIV Test.

hello!

Tadi aku g ambil borang HIV Test di klinik kesihatan selayang baru.
Alhamdulillah takde masalah. Datang test 27hb Julai 2011 (Selasa).
Harap2 negative(-) la resultnya.
Takut giler weh.
da la kena ambil darah kat jari tengah.wuwuwuwu.sakit.


p/s : tak tau nak ambil cuti half day ke tak.(dilema)

Wednesday, May 25, 2011

Wedding Card~

Alhamdulillah..kad kawen da siap tempah just nak print je. kale kad ialah soft pink. harga tak mahal. design memang puas hati. nak sampai tarikh nanti baru aku publish kad kawen ok. sekarang ni biarlah rahsia. 'bunting pun aku tempah kat tempat yang sama.

Kad kawen aku tempah di S.M.S Agency yang beralamat di Taman Bolton. boss die pun friendly. so,sape2 yang nak tempah kad kawen boleh la pergi sini. no tel 03-6187 2246 - Mr Sri (recomended)



p/s : counting days.

Sunday, May 08, 2011

REVIEW FILEM SERU & HAPPY IBU DAY!

Semalam aku keluar ngan kawan aku yang bernama linda martopo. mula2 ktorg g selayang mall tgk pameran pengantin bajet. bajet la sgt kn? tapi bila aku survey xde la bajet sgt pon. kat lua aku leh dapat harga lg murah kot. lepas usha2 pameran yg tak bape nak bajet ni aku terus ajak linda makan. pas makan gerak g selayang capitol dengan niat nak tgk wayang.

kalau korang nak tau selayang capitol ni tak maju cm KLCC, Mid Valley. shopping complex ni umpama hidup segan mati tak mahu. bg sesiapa yg da pergi memang tau la kan. tapi takpe, walaupon tak femes tapi aku suka sebab tiket tak mahal & yang penting tak ramai org. korang leh duduk mane2 seat yg korang suke. kalau nak main kejar2 pon boleh dalam wayang ni. bg yg bercouple plak aku rasa ni port paling baik nak buat maksiat la. aku rasa je sebab aku belum pernah try lagi. eh, aku da melalut jauh ni.

pas da beli tiket ktorg pon masuk la dalam wayang. mase ni cite ni da start around 15 minit. masuk2 je pale aku da pening sebab gelap gile vavik. then pilih la seat nak duduk. baru je 3 minit aku tengok cite seru ni pale aku da pening macam perempuan yang morning sickness. da la pening nak muntah lagi. tapi takde plastic nak muntah. so,aku tahan dulu layankan gak cite ni.


  1. jalan cite memang macam haram jaddah.
  2. tak takut langsung.
  3. camera gerak2. (sakit pale aku tgk cite ko, tau tak pengarah!)
  4. berlakon semua pura2. yang ok si mamat sharnaaz tu je. yang lain cm hampeh.
  5. duit aku rugi camtu je.

cite seru ni belum sampai klimaks lg aku da ajak linda balik. malas la aku nak tgk cite bodoh mcm ni. kalau org lain ckp best aku tak tau la. ni aku review from my point of view.



btw, hari ni kan mother's day. so, i wanna say happy mother's day to my IBU & also to all mother's in d world. u r the lovely creatures from god!

Friday, April 15, 2011

tak tahu nak panggil apa.

kelmarin borak di fon ngan incik tunang. mula2 borak pasal masa depan pastu borak pasal apa tah. tengah dok ralit borak, incik tunang buka cite pasal kejadian dia dan penyelia dia pergi makan char kueh teow kat tasik titiwangsa. diorang pergi makan masa tu malam la dalam kul bape incik tunang lupa nak btau. penyelia dia yang beria2 nak makan char kueh teow kat situ.

sedang mereka berdua menikmati char kueh teow tu berjalan la 3 orang makhluk yang berjantina perempuan sebelah mereka. pastu duduk betul2 depan meja mereka. tak kisah la kan ko nak duduk mana pun tapi yang terlalu kisahnye makhluk 3 ekor ni duk usha2,pandang2,jeling2 mereka dengan pandangan yang menggoda. pas da usha incik tunang korang tau tak salah sekor dari makhluk ni tadi boleh selak skirt dia depan incik tunang. lupa nak btau makhluk 3 ekor ni pakai tube & skirt pendek. bajet cun la konon2nya. umur sekitar 14 - 15 taun. kulit gelap dan tak gebu langsung.

bila makhluk ni selak2 skirt dia, incik tunang da tak brape selera nak makan. maka incik tunang ubah tempat duduk dia daripada berhadapan ngan makhluk ni terus membontotkan mahkluk ni. tapi kejadian tidak berakhir di situ. bila mereka da abes makan mesti nak bayar kan? masa incik tunang nak pergi bayar makhluk gatal ni boleh letak kaki dia kat tepi meja tujuannya agar incik tunang terjatuh. incik tunang aku kan pandai dia mengelak. da siap bayar makhluk ni membuat percubaan kedua meletak kaki, incik tunang da tau taktik dia incik tunang lalu tepi longkang. terkebil2 mata makhluk tu bila incik tunang tak lalu sebelah meja dia. kah kah kah padan muka ko makhluk gatal!!!

lepas dengar cite incik tunang mula la berasap telinga aku yang memang banyak asap ni. tapi aku percaya kat incik tunang. dia tak gatal dan miang. setakat pandang bontot pompuan tepi jalan tu biasa la kan? bak kata incik tunang "alah saya pandang je bukan boleh sentuh pun". ayat memang nak makan kaki. tapi lelaki standard la.

malam tu aku punya la pikir pasal makhluk gatal tu. dia tak malu ke huh tunjuk2 barang dia pada lelaki yang dia tak kenal. dan kalau la makhluk gatal tu terbaca blog aku ni satu je aku nak btau ko, tak semua lelaki kalau ko selak kain or skirt ko depan dia time dia sedang makan dia akan stim. aku ulang ye tak semua. kalau ko selak depan lelaki gila seks mungkin la dia stim tapi bagi lelaki normal "adik" dia sikit pun tak naik derr.

dan aku harap ko bertaubat la wahai makhluk gatal. lelaki tak suka la pompuan murah. kalau setakat nak bagi diskaun duit hantaran lelaki suka la. one more ada orang cakap muka incik tunang macam penyanyi alif satar. mungkin makhluk ni ingat incik tunang adalah alif satar sebab tu dia selak skirt dia depan incik tunang.

p/s : perangai macam makhluk ni patut panggil apa ye?

Wednesday, April 13, 2011

Stress!

tau tak sebab apa aku stress?sebab..setiap kali plan nak beli hantaran kawen ngan incik tunang mesti tak kesampaian.

nak tau nape tak kesampaian? inilah antara sebab2 nape hajat nak beli hantaran kawen tak kesampaian.

  • bila ada duit je mesti pergi berjoli ngan duit tu.
  • tak tau nak beli apa.
  • rasa macam duit banyak lagi tapi bila tengok wallet duit da elek pu chik(kosong).
  • sebab utama ialah bulan 12 kan lambat lagi. (lambat kepala hotak ko!)
  • barang hantaran mahal (boleh jadi punca ke ni?) lantak la.
itulah antara punca dan sebab nape hajat beli hantaran kawen tak kesampaian.wuwuwuwu.

boleh tak kawen tak payah hantaran. i malas la nak buat hantaran2 ni. stress tau tak? tapi dalam hati tak sabo nak tawen(gatal kan?)

p/s : ada sape2 tak nak sponsor hantaran kawen i?hehehehe

Monday, March 28, 2011

Sedetik Lebih.

lagu ni da lama da famous kat mesia ni tapi aku je kot lambat update.tak kisah la...yang penting aku suke giler + da jatuh hati kat lagu ni.
*incik tunang, saya tujukan lagu ni khas tuk awak.*

Jom kite layan bait2 lirik lagu ni.



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
.........


Credit to Muzzafarsalleh.com for the lirik.




p/s : Entry takde motif.

Tuesday, February 22, 2011

Usai sudah.

lame giler aku x update blog.nak kata bz tak gak.ok la petang ni nak update blog sebab nak share cite yang im officially tunang orang.(ayat memang bajet gedik).hahaha.

20.02.2011 merupakan hari yang istimewa sebab aku telah bertunang dengan syed firdaus bin syed basarudin.Insyallah kami akan bernikah pada 3.12.2011.bagi sesiapa yang mengenali kami boleh la datang kenduri kami di dewan beringin,taman sri gombak.

malas nak cite panjang2 kita tengok je la gambar sekitar majlis pertunangan kami.


























hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


kami.


Tuesday, January 18, 2011

Annual Dinner 2011

hari sabtu yang lalu aku telah menghadirkan diri ke annual dinner yang bertempat di rawang.aku eksaited nak pergi dinner sebab ada lucky draw je.hadiahnya memang agak gempak la bagi aku.so,mari kita lihat antara hadiah2 untuk lucky draw tersebut.

  1. I Pad (apple) 16GB


2. Samsung Camera (PL101 & PL 151)



3. Cash (RM1200.00)

4. Cash (800.00)

5. Cash (RM500.00)

6. Cash (RM550.00) 2X

7. Cash (RM450.00 + JJ Voucher 100)






So,cabut punya cabut aku dapat samsung camera PL 101.walaupun aku sedih sebab tak dapat bawak balik I Pad tapi tetap happy sebab dapat camera.ok la kan dari takde.mungkin da memang rezeki aku dapat camera je.bersyukur la ezzaty ye...


Monday, January 03, 2011

baby lagi.

tahun lepas pergi kajang tengok anak suhana.semalam pergi ampang tengok anak encik hanif.
keje aku hujung minggu asyik tengok anak orang je.anak aku bile lagi tak tau la..

kali ni pergi tengok baby bukan dengan sahabat tapi dengan incik awak.encik hanif ni bukan kawan aku tapi bos incik awak.cam biasa la bila tengok baby je mesti nak dukung kan tapi aku takut nak dukung sebab anak encik hanif ni halus sangat.berbekalkan keberanian aku dukung gak anak encik hanif.tengah dok sedap feeling2 macam mak baby tu tiba2 dia muntah.aku gelabah la kan terus cakap kat incik awak.

aku : awak,dia muntah la.
incik awak : tegakkan dia.
aku : nak tegak camne?
incik awak : tinggikan kepala dia.
aku : saya tak reti la awk.
incik awak : ????

pastu terus encik hanif ambil anak dia dari aku.waaaaaa.....camne nak ade anak ni?tegakkan budak pon aku tak tau.




ok la bye..nak pergi attend course 'how to handle baby'.(ade ke course ni?)



p/s : nama baby tu amira soleha.(sorry takde gambar)