Monday, December 31, 2012

Kronologi Bersalinkan Syed Adib.


As salam Readers...

Rasanya da berkurun tak update blog kesayangan ni.Lepas ada anak hidup berubah 360 darjah.Sampai nak update blog pun tak sempat.sobs...

Hari ni nak cerita kronologi bersalinkan Syed Adib.Untuk bacaan umienya di masa hadapan.hiks.


12.11.2012 (Isnin)
Da start maternity leave padahal due date syed adib end of nov tapi gamble je amik cuti awal.Bila da cuti awal mula la melangut je kat uma tunggu bila syed adib nak kua.

16.11.2012(Jumaat)
Pagi tu mula rasa sakit pinggang dan perut.Rasa cemas seketika.Call mak sedara btau pasal sakit ni die terus suruh p spital sebab tu antara tanda2 nak bersalin.Dalam hati macam tak percaya je nak bersalin dah tapi kita follow je apa yang mak sedara ckp.
Sampai je kat HKL terus pergi ke P.A.C then btau la masalah yang dihadapi.Then nurse suruh baring sebab nak check samada ada bukaan or tak.Doc pun buat la VE for the first time.Masa ni memang da tarik nafas dalam2 n kangkang luas2.Alhamdulillah bukaan da 3cm.Terus kena tahan wad.

17.11.2012(Sabtu)
Bangun pagi muka ceria sebab da tak rasa sakit.Then doktor tanya ada rasa sakit lagi tak terus jawab tak.hehe.Doktor ckp kalau petang ni da tak rasa sakit lg esok pagi boleh balik.Hoyeah.Doktor ckp sakit pinggang dan perut tu false alarm je.Ciskek betul.Kalau tau false alarm tak pyh p spital.Tak pasal2 kena seluk tau.
 
18.11.2012(Ahad)
Boleh discharge dan doktor suruh cont check up kat kk.

21.11.2012(Rabu)
Check up untuk berapa weeks da tak ingat pastu kena gelak ngan nurse pasal da masuk spital tapi tak beranak.Bedebah punya nurse.Malam tu tiba2 perut rasa sakit.Nak baring tak boleh.Bila p toilet tak membuang pun tapi perut memulas2.Mula2 nak tahan gak sakit ni taknak p spital takut jadi macam hari tu tapi husband berkeras ajak p spital.Dalam kereta sakit tu datang lagi kerap.Da syak memang nak beranak kot malam tu.Sampai spital doktor buat VE dan da buka 6cm.Wow cepatnya.terus kena tukar baju then ditolak masuk labour room.
Labour room kat HKL ni kecik je dan sejuk sangat.Nurse pun pasang mesin ctg kat perut sebab nak pantau contraction.Doktor datang drip air.Bila da drip air sakit tu makin kerap.Contraction memang menyakitkan.Tak lama pastu doktor pecahkan air ketuban dan cek bukaan da 8cm.Bila bukaan da 9cm rasa nak teran tapi nurse tak bagi sebab takot koyak banyak.Nurse sempat pesan jangan angkat punggung.Tak lama pastu nurse ckp da boleh teran.Disebabkan tidak attend antenatal class ibu muda ini tak tau cara meneran dengan betul.Baby keluar then masuk balik sebab tak pandai curi nafas.Husband kat sebelah sentiasa bagi semangat.Last2 nurse gunting kat tut.Terasa ok masa nurse gunting tu.

22.11.2012(Khamis)
Tepat pukul 6.08pagi lahirlah Syed Adib Bin Syed Firdaus dengan berat 2.7kg.Alhamdulillah.


Inilah pengalaman aku melahirkan Syed Adib.Takde la panjang sangat pun tapi akan aku kenang sampai bila-bila.













Monday, November 26, 2012

Alhamdulillah..Selamat bersalin.



As salam Readers..

Ezza da  selamat melahirkan baby boy pada 06.08 a.m 22nd Nov 2012 dengan berat 2.7kg secara normal di Hospital Kuala Lumpur.

Nama baby akan diumumkan pada hari ke 7 ni.InsyaAllah..

Rentetan kelahiran baby juga akan di update kemudian.Now time to rest.hehe.




My Hero on day 5

Thursday, November 01, 2012

Check Up 35 weeks~


As salam readers...

Mari kita lihat hasil perihal check up semalam.


Berat : 79.1 kg

HB : 10.5 (Mendapat la sticker hijau)

Tekanan Darah : 120/84

Kaki bengkak : Nil


Hadoi...kenapa da hujung2 pregnancy ni HB turun pulak. Kalau boleh nak kekalkan sticker putih je. Grrr..
Da la sekarang kerap muntah apsal tah. Tapi berat tak turun plak bile muntah. Ni mungkin dugaan masa preggy,harap masa labour dipermudahkan.Amin Ya Rabbal Al Amin.


P/S : Lagi berapa hari nak deliver tapi beg baju tak kemas lagi. Huwaaaaaaa!!!!



Thursday, October 04, 2012

Check Up 31 Weeks.




Assalam Mommy 2 be,Mommies & Readers.


Semalam adalah hari untuk check up baby.Sampai klinik pukul 8 orang da ramai giler.Letih gak la pinggang ni menunggu untuk check up.Blerrgh..Ini hasil check up untuk this week.



  • Berat : 77.4kg 
  • HB : 11.5
  • Tinggi Rahim : 31/32cm
  • Tekanan Darah : 120/84
  • Kedudukan Janin : Ceph
  • Kaki Bengkak : Nil
  • Jantung Baby : 153


So far everything was ok but lately kerap sakit bahagian bawah belah kanan.Bila tanya kat nurse,nurse cakap normal.Hope everything just fine.

Nenek da tolong dobikan baju baby.Cuma tinggal nak kemas masuk beg je.Terima kasih ye nenek baby.Sayang ketat-ketat.

Next week da 8 bulan.Nerveos plak rasa sebab masa semakin hampir untuk berjihad.Harap semua urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Aminnn.

Friday, September 21, 2012

Bottle Sterilizer + Warmer (Done)



Assalam Readers.

Pagi tadi sampai ofis terus on pc then buka blog yang suka aku baca hari-hari. Tiba-tiba mata ni tertangkap sumtink yang memang menarik minat aku iaitu blogger kak aty nak let go Bottle Sterilizer + Warmer Little Bean. So,aku apalagi cecepat email kak aty. Alhamdulillah tak sampai 1 jam kak aty reply kata item tu still available. Mungkin rezki anak umie.

 Aku mmg dah aim nak beli barang ni da lama tapi asyik hold sebab nak tunggu sale tapi bila kak aty cakap nak jual je sepantas kilat aku email kak aty. Antara sebab aku beli barang ni dekat kak aty ialah kak aty tak penah guna lagi barang ni. Lagi satu sebab bagi aku harga die tak mahal. RM150.00 je.

Alhamdulillah,barang tu aku da selamat terima dari kak aty. Kak aty drive dari rawang ke ofis aku kat sri gombak ni tuk hantarkan barang tu. Mula-mula plan nak amik kat rumah kak aty esok tapi kak aty cakap die nak beli barang tuk solid food Qaleef Eeman kat OBW Taman Melawati jadi die hantar terus la kat aku.Rezki lagi.Syukur sangat.

Best dapat jumpa kak aty tadi tapi kak aty nak cepat so,tak dapat nak borak ngan kak aty lama.Kecik comel je kak aty ni tau.Lain kali kita jumpa lagi ye kak. =)

Ni lah barang aku beli dari kak aty.






Sumber gambar : kak aty



Da boleh tick done dalam checklist baby feeding.


p/s : Esok suami ajak p sogo beli barang baby.Mana-mana mommy 2 be yang p esok kalau terserempak ngan  ezza tegur-tegur la ye.

Thursday, September 20, 2012

Check Up 29 Weeks.


Assalam Mommy 2 be,Mommies & Readers.


Time flies so fast tetiba sudah 29 weeks. So,here are the result for this time check up.



  • Berat : 76.3kg
  • HB : Nil
  • Tinggi Rahim : 29/30
  • Tekanan Darah : 103/77
  • Cucuk kancing gigi 2nd dose.
  • Pukul 9.30 pagi da settle sebab tak ramai orang.

Sudah 29 minggu tapi umie masih tak tahu jantina baby dalam perut. Papa nak suprise katanya tak mahu scan tapi hati umie meronta-ronta nak tau jantina baby.

Baju anak umie baru ada 4 pasang nak kena beli lagi ni. Papa jom p sogo this weekend. =)

Masa bila sesuai untuk mendobi baju baby ye mommies?





Wednesday, August 08, 2012

Check Up 23 week.



Hari ni sampai KK pukul 8 lebih.Macam biasa la orang ramai.
Result check up untuk hari ni.


  • Berat : 71.9kg turun 400gram.
  • HB : 11.7
  • Tinggi rahim : 23/22
  • Tekanan Darah : 98/62
  • Kencing kotor balik. So,next week wednesday kena hantar sampel urine ke makmal.
  • Kena cucuk kancing gigi (1st Dose). Sengal gak la.
  • Kena jumpa dentist then kena cuci gigi.
  • Lepas makan mesti muntah balik so doktor advice tak payah puasa. sedih.
  • Air terlalu kurang dalam badan.Nasib tak kena tahan wad tadi. Fuh lega.


Pukul 1 baru settle. 
Sejak preggy ni asyik kena kecing kotor je. Ada sape2 tau ubat tuk elak kencing kotor tak?

Monday, July 23, 2012

Terima kasih suami.





*Post ini bukan untuk menunjuk2 tetapi sebagai kenangan untuk aku je*


Alhamdulillah tahun ni berpuasa dengan suami dan baby dalam perut.
Nikmat yang tak dapat digambarkan.
Semoga tahun ni dapat berpuasa penuh. Amin...


Berbalik kepada tajuk,malam tadi aku berbuka nasi ayam + soya jagung.
Portion nasi ayam tu tak banyak sangat aku rasa tapi lepas minum air soya jagung tu perut macam penuh sangat.
Biasanya takde apa pun tapi malam tadi tak sampai 15 minit muntah balik.
Da la tak sempat nak muntah dalam toilet.
Kesian suami dia la yang bersihkan sisa muntah tu.
Aku nak bersihkan tapi die tak bagi,die takut aku jatuh.
Baik sangat suami.
Masa tengok suami bersihkan tu hati aku tersentuh sangat sebab aku rasa aku hari2 lawan die.
Tapi malam sebelum tido mintak maaf balik.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ni aku nak berubah jadi isteri solehah.
InsyaAllah.
Amin Ya Rabbal Al Amin.







Nota kecik : Terima kasih Allah sebab mengurniakan hambamu ini seorang suami yang baik. 

Friday, July 13, 2012

Risau!

Hai dan Assalamualaikum.
Nak tanya kat korang la
Esok kandungan aku masuk 20 minggu = 5 bulan tapi aku tak rasa baby tendang lagi.
Normal ke?
Risau la.
Tolong saya wahai m2b sekalian.
Terima kasih.

Monday, July 02, 2012

Pengalaman minum air gula di KKIA Selayang.

Hai kawan-kawan.
Apa khabar?
Harap semua b2b or m2b sihat-sihat sahaja.
Lama sangat da tak menulis kat blog ni.


Hari ni aku nak share pengalaman minum air gula di KK.
Sebelum p minum memang da set mind yang air gula di KK adalah tak sedap based on pengalaman m2b lain.
So,sampai je kat KK pukul 8 terus masuk bilik mesyuarat.
Ramai juga ibu mengandung yang kena minum hari tu adalah dalam 33 org.
Lepas letak buku pink dalam bakul tunggu turn untuk amik darah.
Da amik darah kena la minum air gula yg da siap dibancuh.
Cawan air gula seperti rajah dibawah.
Nurse tuang penuh dalam setiap cawan.
Memang hazab nak abiskan air gula tu.
Rasanya memang manis giler.





*Image by Google*


Sementara nak tunggu 2 jam kami diberi ceramah tentang penyusuan susu ibu.
Nurse yang bagi ceramah tu baik sangat.
Banyak tips yang diberi mengenai penyusuan susu ibu.
Lepas nurse bagi ceramah doktor plak take over.
Doktor cerita pasal kencing manis tapi tak sampai 10 minit sebab jam da dekat pukul 10.
Tepat pukul 10 nurse amik darah untuk kali kedua.
Nurse cakap kalau result tak ok dia akan call bagitahu.
Harap-harap sangat result ok sebab taknak da minum air gula,
Wuwuwu.



Dapat time slip sampai kul 10.30 jadi pergi umah ibu makan dulu la.
Tapi lepas keluar je klinik muntah balik air gula tadi.
Nasib la p klinik dengan husband kalau p sorang tak tau la larat drive ke tak.
Memang pening giler pas muntah tu.
Pastu husband cakap "anak kita tak suka manis-manis kot".
Aku senyum je la.
Terima kasih suami sebab teman setiap kali p check up.
Sayang awak ketat-ketat.




Monday, April 23, 2012

Buku Pink.





23.4.2012 (Isnin)

  • Sampai KKIA Selayang Baru dalam pukul 8 lebih mcm tu.
  • Letak ic dalam bekas bertulis 'kes baru'.
  • P toilet untuk kencing *my lucky cup no is 18*
  • Letak cup urine dalam 'Bilik Urine'.
  • Tunggu Nurse datang untuk cek the urine using kertas panjang yg ada kale kuning n biru.
  • Bersihkan cup dan simpan kertas yg diberi untuk pemeriksaan lanjut.
  • Selepas menunggu selama beberapa jam barulah nama dipanggil.
  • Dalam bilik nurse interview family history n etc2.
  • Nurse mintak ic suami dan sijil nikah.*masa call tanya hari tu die ckp tak payah bawak*
  • Then bawak buku pink ke Bilik Mesyuarat untuk ambil darah.
  • Bawak darah ke makmal then masuk balik bilik mesyuarat.
  • Alhamdulillah HIV Test result Non Reactive, HB test result 13.2 (Excellent Nurse cakap)
  • Bawak buku p jumpa doktor kat bilik 4.
  • Sebelum tu amik nombor kat kaunter depan.*dapat no 26*
  • Tunggu no dipanggil.
  • Doktor tengok result semua tanya pasal family history then doktor cakap 29.6.2012 kena minum air gula.
  • Hari ni tak scan pun sebab doktor ckp baby kecik lagi.
  • Masuk balik bilik yg kena interview tadi untuk dapatkan tarikh next appoinment.
  • Dapat time slip sampai pukul 1.
  • Masa untuk balik office.



Update : Berat terkini 71.4kg *2 Bulan*

Friday, April 13, 2012

.........






Sedih dengan diri sendiri sekarang ni.
Rasa macam dah tak kuat macam dulu.
Terlalu rapuh.
Selalu minta perhatian.
Selalu mengeluh.
Haish!





Wahai penyakit pening,loya,mual dsb
Tolong la jauhkan diri kamu dari saya.
Saya tak suka kamu.
Bulan ni je sudah berkali-kali cuti dan mc.
Tak mahu la macam ni,nanti bos tak bagi bonus pada saya lagi.
Sobs Sobs Sobs






Macam ni rasanya bila berbadan dua.
Mood sangat-sangat la ke laut.
Bau dapur,perfume suami,perfume sendiri,bau Axion tu pun meloyakan waktu ini.
Suami terpaksa mencuci pinggan mangkuk sebab si isteri masuk dapur pun tak boleh 
tapi
bersyukur sangat dikurniakan ibu yang sangat baik sebab sarapan,lunch,makan malam ibu sediakan
saya makan sahaja.
Heaven sangat-sangat!
Terima Kasih Ibu!







Thursday, April 05, 2012

Surah yang elok diamalkan ketika hamil.





Walaupun usia kandungan baru 5 minggu tak salah jika anda mengamalkan membaca surah2 ini.


i) Surah Yusuf - Link


ii) Surah Maryam - Link


iii) Surah Al-Waqi'ah - Link


Kelebihan Surah Al-Waqi'ah - Link


Selepas membaca surah2 ini,usaplah perut anda sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
InsyaAllah anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Selain itu banyakkan la membaca kitab suci Al-Quran,berselawat dan berzikir.




Nota kecik : Selamat beramal.

Monday, April 02, 2012

Anugerah Allah.

Alhamdulillah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



I'm 5 weeks pregnant.




Doakan saya dan kandungan kuat dan sihat ye.

Tuesday, March 27, 2012

Batu Caves - Lenggong,Perak - Cameran Highland,Pahang.

Sabtu, 24/3/2012

Bertolak dari rumah pukul 4.30ptg dan berhenti di R&R Sungai Buloh sambil menunggu kawan2 hasben.
Konon2 nak tunggu tapi hasben malas so, hasben drive slow2 then meet kat R&R Tapah.
Selepas sesi membuang air bagai kami meneruskan perjalanan ke Lenggong.
Ktorg ikut exit Kuala Kangsar (RM 30.00)
Berhenti tepi jalan sebab nak konvoi ke Grik.
Jauuuuuhhhh hokay jalan nak ke Grik tu, sampai sakittt montot aku.



Sampai Grik dalam pukul 10.00 malam.
Rehat2 jap sambil makan laksa kat uma kawan hasben.
Dalam pukul 11.00 lebih ktorg mintak diri sebab nak cari hotel budget kat area Pekan Lenggong.
Kami tak tido umah kawan hasben sebab kawan2 hasben yang lain nak tumpang tido.
Nasib kami baik sebab dapat bilik kat Rumah Rehat Lenggong.
Rate harga untuk bilik standard = RM 70.00(Weekend).
Deposit = RM 20.00




Our Room 



Keadaan bilik lepas laki bini tido + menyepahkan.




Our Breakfast tapi si bini makan tak habis sebab kuah kari tu masin sangat.hewhew




Sifat tamak haloba telah menguasai diri jadi haruslah makan nasi lemak plak.




Papan arah ke apa ntah nama benda alah ni.




Restaurant pon ado kat sini tapi kami tak masuk.




Playground



Lobi


Ahad, 25/03/2012


Kami check out pukul 11.00 sebab rush nak p kenduri kawen hasben.
Jarak RRL dengan tempat kenduri dalam 5 minit je.
Disebabkan sampai awal maka hasben dan kawan2nya bercamhore sakan.




Sebahagian dari kawan2 hasben.


Gambar kawen nan ado sebab perantin tak sampai2.
Disebabkan malas nak tunggu kami pun cabut balik.
Otw nak balik, hasben ajak singgah Cameran.
Ktorg ingat dekat je Cameron ni tapi rupenya jauh giler.
Sampai kematu montot,nak tido jalan bengkang bengkok mcm ulau. 
Sabau jelah mak hencik.



Nak dekat sampai hujan plak,da la sejuk bertambah la sejuk.
Da la ktorg tak bawak sweater sebab mmg tak plan langsung nak p Cameron ni.
So,kami harung la cuaca sejuk dengan baju lengan pendek.
Hewhew.
Sampai sana pukul 3.30ptg.
Nak balik KL hasben mcm tak larat nak drive jadinya check in la kite di Cameron ni.
Ktorg survey sampai 4 hotel (budget la kata ko)
Last2 dapat hotel yang rate harga RM 60.00/nite.
Hotel budget ni tak payah nak bayar depo2 bagai.
Keadaan bilik ooookkkkk sangat compared to RRL.



Maaf,gambar hotel kat Cameron takde sebab lupe snap.hehe.
Siap check in sume ktorg keluar balik sebab memasing da kebuloq.




Our Dinner 


Settle makan kami meneruskan pengembaraan.
Konon2 nak amik gambar berdua sambil romantis2 tapi tripod plak tak bawak.
Padan muka kami.
Inilah gambar yang sempat diambil sepanjang berada di Cameron.




Abaikan mata panda itu.




Kaler baju nak sama je.hikhik



Da penat mengambil gambar 2 keping, kami pun pulang ke hotel.
Malam tu sejuk gilerrrrrr.
Nasib tido ngan hasben leh hug2.hehe.
Lena la sampai pagi.


Isnin, 26/03/2012

Kami check out pukul 9.30 pagi.
Lepas sarapan terus gerak balik.
Esok laki bini nak kerja jadi kena la gerak awal.
Total duit yang dilaburkan adalah dalam RM 400++.
Walaupun banyak duit habis,sampai kami kena ikat perut di hujung bulan tapi berbaloi sangat.






Nota kecik : Lepas ni nak terjah Langkawi plak. ILUSM Hasben!




Wednesday, March 21, 2012

Monday, March 05, 2012

Sepanjang 3 bulan.






Pejam celik pejam celik
Da 3 bulan da kawen.
 Perasaan? Of coz la happy.
Anak? Belum ada rezeki lagi.





Aku nak list down perubahan yang aku alami sepanjang 3 bulan ini.


  • Berat badan - Naik bagai di pam pam.
  • Selera makan - Kalau da badan ko gemuk tentu la selera ko ada kan? 
  • Skill masak - Bertambah baik (Incik suami selalu puji) *wink2*
  • Duti weekend - Kalau takde kenduri, keja wajib adalah mengemas rumah etc2.
  • Jiran sebelah rumah - Kalau da nama duk flat jiran anda amatlah peramah sampai da masak ke belum pun dia tanya tau!
  • Sosial life - Makin kurang. Jarang da kuar ngan kawan. Banyak habiskan masa dengan incik suami.
  • Household Expenses - So far so gooooood.






Nota kecik : Tak suka bila incik suami keja malam sebab aku kena tido sorang2. *nanges*

Wednesday, February 29, 2012

Pakcik ooo Pakcik.


Minggu lepas ada orang langgar keta aku.
Da buat report sume kena la anta kete ke bengkel untuk claim insurance 3rd party.
Prosedur sangat leceh.
Kalau boleh pasni tak nak la eksiden lagi.
Terpaksa la g keje naik public transport.
Kalau incik suami free boleh la hantar kalau tak menapak la naik bas.
wuwuwu.





Ok2 berbalik pada tajuk. 
Hari ni keluar umah awal sebab takut takde bas.
Tunggu punya tunggu sampai 8.15 pg bas takde.
So,nak tak nak kena naik teksi la kan.
Kang lambat lak sampai opis.





Pastu tahan la teksi ni ckp la nak g mana sume
Die angguk la maksud leh hantar kan
Pemandu teksi ni memang da tua hokkay!
So,aku panggil la die pakcik.
Korang tau tak die buat muka kerek je ngan aku.
Dalam hati da berkata da "tak sedar diri punya orang tua"
Yang membuat aku pasti dan yakin untuk panggil die pakcik sebab die dengar channel "KLASIK NASIONAL".
Orang tua je kot dengar channel ni.






Da sampai kat opis aku tanya la bape pakcik?
Die jawab kasar gile weh.
Helllo Pakcik, nak saya panggil awk tu abang ke?
Geli geleman je nak panggil awk tu abang.
Sedarlah pakcik awk tu memang da tua tak payah nak perasan muda lagi.
Meluat orang muda macam saya ni tengok perangai pakcik tau!





Nota kecik : Lupe nak amik no plat teksi pakcik tu. Tapi aku syak pakcik tu ingat aku sebaya die kot tu yang tak puas hati bile aku panggil die pakcik.Hewhew.






Tuesday, February 21, 2012

Mungkinkah...?



Miss P da lewat 2 hari
Tapi malas nak buat UPT lagi 
sebab ...
Bulan lepas kami laki bini sesaited p beli pastu terus test
Le result is of coz la negative.
Si laki sangat hampa dengan keputusan
Dia mengharap sangat dapat baby cepat.







Takpe2 kite cuba lagi ye sayang.
Berusaha Pasti Jaya *eh eh ni bukan lagu sekolah ke?*
Bantai.









Awak,nak macam ni jugak voley? hehe.









Nota kecik : Doakan kami dapat zuriat cepat ye kawan2. 






Thursday, February 02, 2012

Demam.





Lepas balik dari umah mentua terus diserang demam.
Tapi best juga bila demam sebab incik suami sangat prihatin kat saya.
Malam2 sebelum tido mesti letak tuala basah di dahi.
Auwww... Terharu sangat.





okbai tu je nak update.









Nota kecik : Masih demam lagi ni. Lagi satu saya nak mintak maaf kat korang2 sume kiranya entri dibawah ini berbaur keberlagakan. Saya tak berlagak orangnya. Saya ayu je. cetttttttttttt.

Friday, January 13, 2012

Testing 1 2 3

Nak try post entry guna tab.

Kah kah kah.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 12, 2012

Wedding : Video Nikah


Berkat doa anda yang membaca review saya semalam
maka terhasil la entry baru untuk hari ini.
kah kah kah. (bajet ramai la doakan tuk ko ye)
*abaikan monolog dalaman pompuan ini*



So, saya sertakan video nikah saya yang juga telah diedit oleh Adik Kesayangan.


Saya tidak mampu untuk hire OV jadi pakai camera sendiri je la.
Tapi...saya sangat puas hati dengan hasilnya.


Jom layans
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










p/s : setiap kali tengok video ni mesti senyum sorang2.





Wednesday, January 11, 2012

Wedding Review : The Hantaran's




Maafkan saya sebab lama giler tak update blog.
Mereka yang kawen lepas saya da lama start review tapi aku baru terhegeh-hegeh nak review.
Takpe la labu...
Ok, Today nak review pasal hantaran.(tengok tajuk pun orang tau ko nak review hantaran la minah!)
*Abaikan monolog dalaman orang yang lambat review ni*

Sebelum terlupa saya nak ucapkan terima kasih kepada BFF saya sebab sudi review majlis saya.



Sambung balik review hantaran.

Dari Pihak Suami ( 5 Dulang Saje)




Gambar telah diedit dengan kasih sayang oleh Adik Kesayangan.




Dari Pihak Isteri ( 7 Dulang )



Gambar juga telah diedit dengan kasih sayang oleh Adik Kesayangan.


Hantaran saya simple je. Takde la guna fresh flower bagai sebab saya nak save budget.
Hantaran juga telah digubah oleh  Adik Kesayangan
Terima Kasih Adik Kesayangan!



Tu je la kot untuk hari ni. Lain hari kite bertemu lagi k. Tata Titi Tutu.




Nota kecik : Doakan saya rajin  untuk review benda lain pulak ye.