Monday, July 23, 2012

Terima kasih suami.





*Post ini bukan untuk menunjuk2 tetapi sebagai kenangan untuk aku je*


Alhamdulillah tahun ni berpuasa dengan suami dan baby dalam perut.
Nikmat yang tak dapat digambarkan.
Semoga tahun ni dapat berpuasa penuh. Amin...


Berbalik kepada tajuk,malam tadi aku berbuka nasi ayam + soya jagung.
Portion nasi ayam tu tak banyak sangat aku rasa tapi lepas minum air soya jagung tu perut macam penuh sangat.
Biasanya takde apa pun tapi malam tadi tak sampai 15 minit muntah balik.
Da la tak sempat nak muntah dalam toilet.
Kesian suami dia la yang bersihkan sisa muntah tu.
Aku nak bersihkan tapi die tak bagi,die takut aku jatuh.
Baik sangat suami.
Masa tengok suami bersihkan tu hati aku tersentuh sangat sebab aku rasa aku hari2 lawan die.
Tapi malam sebelum tido mintak maaf balik.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ni aku nak berubah jadi isteri solehah.
InsyaAllah.
Amin Ya Rabbal Al Amin.







Nota kecik : Terima kasih Allah sebab mengurniakan hambamu ini seorang suami yang baik. 

1 comment:

Aeen said...

sweetnya....Semoga dapat berpuasa penuh tahun ne..hehehe..