Monday, December 31, 2012

Kronologi Bersalinkan Syed Adib.


As salam Readers...

Rasanya da berkurun tak update blog kesayangan ni.Lepas ada anak hidup berubah 360 darjah.Sampai nak update blog pun tak sempat.sobs...

Hari ni nak cerita kronologi bersalinkan Syed Adib.Untuk bacaan umienya di masa hadapan.hiks.


12.11.2012 (Isnin)
Da start maternity leave padahal due date syed adib end of nov tapi gamble je amik cuti awal.Bila da cuti awal mula la melangut je kat uma tunggu bila syed adib nak kua.

16.11.2012(Jumaat)
Pagi tu mula rasa sakit pinggang dan perut.Rasa cemas seketika.Call mak sedara btau pasal sakit ni die terus suruh p spital sebab tu antara tanda2 nak bersalin.Dalam hati macam tak percaya je nak bersalin dah tapi kita follow je apa yang mak sedara ckp.
Sampai je kat HKL terus pergi ke P.A.C then btau la masalah yang dihadapi.Then nurse suruh baring sebab nak check samada ada bukaan or tak.Doc pun buat la VE for the first time.Masa ni memang da tarik nafas dalam2 n kangkang luas2.Alhamdulillah bukaan da 3cm.Terus kena tahan wad.

17.11.2012(Sabtu)
Bangun pagi muka ceria sebab da tak rasa sakit.Then doktor tanya ada rasa sakit lagi tak terus jawab tak.hehe.Doktor ckp kalau petang ni da tak rasa sakit lg esok pagi boleh balik.Hoyeah.Doktor ckp sakit pinggang dan perut tu false alarm je.Ciskek betul.Kalau tau false alarm tak pyh p spital.Tak pasal2 kena seluk tau.
 
18.11.2012(Ahad)
Boleh discharge dan doktor suruh cont check up kat kk.

21.11.2012(Rabu)
Check up untuk berapa weeks da tak ingat pastu kena gelak ngan nurse pasal da masuk spital tapi tak beranak.Bedebah punya nurse.Malam tu tiba2 perut rasa sakit.Nak baring tak boleh.Bila p toilet tak membuang pun tapi perut memulas2.Mula2 nak tahan gak sakit ni taknak p spital takut jadi macam hari tu tapi husband berkeras ajak p spital.Dalam kereta sakit tu datang lagi kerap.Da syak memang nak beranak kot malam tu.Sampai spital doktor buat VE dan da buka 6cm.Wow cepatnya.terus kena tukar baju then ditolak masuk labour room.
Labour room kat HKL ni kecik je dan sejuk sangat.Nurse pun pasang mesin ctg kat perut sebab nak pantau contraction.Doktor datang drip air.Bila da drip air sakit tu makin kerap.Contraction memang menyakitkan.Tak lama pastu doktor pecahkan air ketuban dan cek bukaan da 8cm.Bila bukaan da 9cm rasa nak teran tapi nurse tak bagi sebab takot koyak banyak.Nurse sempat pesan jangan angkat punggung.Tak lama pastu nurse ckp da boleh teran.Disebabkan tidak attend antenatal class ibu muda ini tak tau cara meneran dengan betul.Baby keluar then masuk balik sebab tak pandai curi nafas.Husband kat sebelah sentiasa bagi semangat.Last2 nurse gunting kat tut.Terasa ok masa nurse gunting tu.

22.11.2012(Khamis)
Tepat pukul 6.08pagi lahirlah Syed Adib Bin Syed Firdaus dengan berat 2.7kg.Alhamdulillah.


Inilah pengalaman aku melahirkan Syed Adib.Takde la panjang sangat pun tapi akan aku kenang sampai bila-bila.