Thursday, April 05, 2012

Surah yang elok diamalkan ketika hamil.





Walaupun usia kandungan baru 5 minggu tak salah jika anda mengamalkan membaca surah2 ini.


i) Surah Yusuf - Link


ii) Surah Maryam - Link


iii) Surah Al-Waqi'ah - Link


Kelebihan Surah Al-Waqi'ah - Link


Selepas membaca surah2 ini,usaplah perut anda sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
InsyaAllah anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Selain itu banyakkan la membaca kitab suci Al-Quran,berselawat dan berzikir.




Nota kecik : Selamat beramal.

Tuesday, March 27, 2012

Batu Caves - Lenggong,Perak - Cameran Highland,Pahang.

Sabtu, 24/3/2012

Bertolak dari rumah pukul 4.30ptg dan berhenti di R&R Sungai Buloh sambil menunggu kawan2 hasben.
Konon2 nak tunggu tapi hasben malas so, hasben drive slow2 then meet kat R&R Tapah.
Selepas sesi membuang air bagai kami meneruskan perjalanan ke Lenggong.
Ktorg ikut exit Kuala Kangsar (RM 30.00)
Berhenti tepi jalan sebab nak konvoi ke Grik.
Jauuuuuhhhh hokay jalan nak ke Grik tu, sampai sakittt montot aku.



Sampai Grik dalam pukul 10.00 malam.
Rehat2 jap sambil makan laksa kat uma kawan hasben.
Dalam pukul 11.00 lebih ktorg mintak diri sebab nak cari hotel budget kat area Pekan Lenggong.
Kami tak tido umah kawan hasben sebab kawan2 hasben yang lain nak tumpang tido.
Nasib kami baik sebab dapat bilik kat Rumah Rehat Lenggong.
Rate harga untuk bilik standard = RM 70.00(Weekend).
Deposit = RM 20.00




Our Room 



Keadaan bilik lepas laki bini tido + menyepahkan.




Our Breakfast tapi si bini makan tak habis sebab kuah kari tu masin sangat.hewhew




Sifat tamak haloba telah menguasai diri jadi haruslah makan nasi lemak plak.




Papan arah ke apa ntah nama benda alah ni.




Restaurant pon ado kat sini tapi kami tak masuk.




Playground



Lobi


Ahad, 25/03/2012


Kami check out pukul 11.00 sebab rush nak p kenduri kawen hasben.
Jarak RRL dengan tempat kenduri dalam 5 minit je.
Disebabkan sampai awal maka hasben dan kawan2nya bercamhore sakan.




Sebahagian dari kawan2 hasben.


Gambar kawen nan ado sebab perantin tak sampai2.
Disebabkan malas nak tunggu kami pun cabut balik.
Otw nak balik, hasben ajak singgah Cameran.
Ktorg ingat dekat je Cameron ni tapi rupenya jauh giler.
Sampai kematu montot,nak tido jalan bengkang bengkok mcm ulau. 
Sabau jelah mak hencik.



Nak dekat sampai hujan plak,da la sejuk bertambah la sejuk.
Da la ktorg tak bawak sweater sebab mmg tak plan langsung nak p Cameron ni.
So,kami harung la cuaca sejuk dengan baju lengan pendek.
Hewhew.
Sampai sana pukul 3.30ptg.
Nak balik KL hasben mcm tak larat nak drive jadinya check in la kite di Cameron ni.
Ktorg survey sampai 4 hotel (budget la kata ko)
Last2 dapat hotel yang rate harga RM 60.00/nite.
Hotel budget ni tak payah nak bayar depo2 bagai.
Keadaan bilik ooookkkkk sangat compared to RRL.



Maaf,gambar hotel kat Cameron takde sebab lupe snap.hehe.
Siap check in sume ktorg keluar balik sebab memasing da kebuloq.




Our Dinner 


Settle makan kami meneruskan pengembaraan.
Konon2 nak amik gambar berdua sambil romantis2 tapi tripod plak tak bawak.
Padan muka kami.
Inilah gambar yang sempat diambil sepanjang berada di Cameron.




Abaikan mata panda itu.




Kaler baju nak sama je.hikhik



Da penat mengambil gambar 2 keping, kami pun pulang ke hotel.
Malam tu sejuk gilerrrrrr.
Nasib tido ngan hasben leh hug2.hehe.
Lena la sampai pagi.


Isnin, 26/03/2012

Kami check out pukul 9.30 pagi.
Lepas sarapan terus gerak balik.
Esok laki bini nak kerja jadi kena la gerak awal.
Total duit yang dilaburkan adalah dalam RM 400++.
Walaupun banyak duit habis,sampai kami kena ikat perut di hujung bulan tapi berbaloi sangat.






Nota kecik : Lepas ni nak terjah Langkawi plak. ILUSM Hasben!




Wednesday, March 21, 2012