Monday, July 02, 2012

Pengalaman minum air gula di KKIA Selayang.

Hai kawan-kawan.
Apa khabar?
Harap semua b2b or m2b sihat-sihat sahaja.
Lama sangat da tak menulis kat blog ni.


Hari ni aku nak share pengalaman minum air gula di KK.
Sebelum p minum memang da set mind yang air gula di KK adalah tak sedap based on pengalaman m2b lain.
So,sampai je kat KK pukul 8 terus masuk bilik mesyuarat.
Ramai juga ibu mengandung yang kena minum hari tu adalah dalam 33 org.
Lepas letak buku pink dalam bakul tunggu turn untuk amik darah.
Da amik darah kena la minum air gula yg da siap dibancuh.
Cawan air gula seperti rajah dibawah.
Nurse tuang penuh dalam setiap cawan.
Memang hazab nak abiskan air gula tu.
Rasanya memang manis giler.





*Image by Google*


Sementara nak tunggu 2 jam kami diberi ceramah tentang penyusuan susu ibu.
Nurse yang bagi ceramah tu baik sangat.
Banyak tips yang diberi mengenai penyusuan susu ibu.
Lepas nurse bagi ceramah doktor plak take over.
Doktor cerita pasal kencing manis tapi tak sampai 10 minit sebab jam da dekat pukul 10.
Tepat pukul 10 nurse amik darah untuk kali kedua.
Nurse cakap kalau result tak ok dia akan call bagitahu.
Harap-harap sangat result ok sebab taknak da minum air gula,
Wuwuwu.



Dapat time slip sampai kul 10.30 jadi pergi umah ibu makan dulu la.
Tapi lepas keluar je klinik muntah balik air gula tadi.
Nasib la p klinik dengan husband kalau p sorang tak tau la larat drive ke tak.
Memang pening giler pas muntah tu.
Pastu husband cakap "anak kita tak suka manis-manis kot".
Aku senyum je la.
Terima kasih suami sebab teman setiap kali p check up.
Sayang awak ketat-ketat.




5 comments:

Riny said...

selalu dgr cerita yg smae kalau dorang kene minum air gula tu..hrp2 terlepas dr azab tu jugak..hehehehe

Aeen said...

mmg lpas minum tu muntah balik...heheh..cm aeen la..da minum..xtahan nk muntah..tunggu sampai umah baru muntah.....hehe..

Ezza Z said...

Riny:kalau awak xde family history yang ada kencing manis tak payah minum.memang hazab.

Aeen:sama la kite.tapi aeen ok lagi sebab sempat sampai umah.

~ NANA ~ said...

nasib baik i ok je minum air gula...sekali teguk je hari tu..hehe

Ezza Z said...

Nana:u kuat sebab tu sekali teguk je.i ni lemah je bab minum air gula tu.hehe.